1) Anda tidak mempunyai aset – Mungkin bukan
keseluruhan wanita yang memandang kebendaan tetapi boleh dikatakan
sebahagian besar daripadanya lebih mementingkan aset seseorang lelaki
itu berbanding perkara lain. Faktor ini menyebabkan mereka akan menolak
cinta anda.
(2) Mereka sudah berpunya – Memang tidak dapat
dinafikan bahawa wanita sememangnya adalah lebih setia berbanding
lelaki. Sekiranya mereka seorang wanita yang baik dan amat menghargai
pasangan yang mereka miliki sekarang, sudah pasti mereka akan menolak
cinta anda.
(3) Mereka adalah playgirl – Sememangnya matlamat
seorang wanita yang playgirl adalah sentiasa untuk mendapatkan perhatian
daripada lelaki. Mereka hanya mendekatkan diri kepada anda hanya untuk
tujuan lain (terutamanya mengenai kewangan) dan bukan untuk bercinta.
Sekiranya mereka menerima cinta ada sekalipun, ia hanyalah merupakan
satu permainan.
(4) Tindakan anda yang salah – Sekiranya pada awal
perkenalan telah bermacam-macam perkara yang anda mahukan atau
sebagainya, ia sememangnya satu tindakan yang salah. Wanita akan menolak
cinta lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Anda seharusnya lebih
tenang dan tidak terlalu gelojoh.
(5) Masa yang tidak tepat – Mungkin ketika anda
berusaha untuk memikat seseorang wanita dan terdapat lelaki lain yang
turut melakukan perkara yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan.
Adalah lebih buruk sekiranya anda mungkin mengambil tindakan yang agak
lewat dan akan menyebabkan mereka mungkin akan menolak cinta anda.
(6) Sejarah hitam – Mungkin seseorang wanita itu
mempunyai sejarah hitam ketika bersama lelaki lain dan menyukarkan
mereka untuk menerima cinta anda. Adalah lebih buruk sekiranya mereka
berasa trauma untuk bercinta sekali lagi.
(7) Anda tidak menarik perhatian mereka – Seseorang
wanita sememangnya akan lebih mudah tertarik terhadap perwatakan,
tingkahlaku atau sikap anda yang tersendiri. Sekiranya mereka menolak
cinta anda, mungkin kerana anda tidak berjaya untuk menarik perhatian
mereka.
No comments:
Post a Comment